Isnin, 26 November 2012

Latar Belakang Sekolah

CARA MENDAPATKAN TAPAK SEKOLAH

Di sebabkan penarikan balik oleh Kementerian dan pengubahsuaian Sekolah Rendah Ismail ( 2 ), maka Pengelola Pelajaran Yg. Mulia Tuan Hj. Ismail b. Kasim, Tn. Hj. Safarimin b. Hj. Marji, Cikgu Ismail b. Ibrahim serta Badan Kebajikan Sekolah cuba memohon tapak di padang Kg. Dato Bentara Luar pada tahun 1986 tetapi tidak berjaya.

Dengan berkat usaha tanpa mengenal erti jemu serta mendapatkan bantuan Yg. Mulia Hj. Sukiman b. Sahlan akhgirnya berjaya mendapat tapak di Jalan Sultan Ibrahim, Pengerusi Badan Kebajikan, Tn. Hj. Daud b. Ibrahim turut bekerja keras disamping bantuan orang perseorang. Maka dengan itu terbina bangunan Sekolah Agama Parit Kadhi.



LATAR BELAKANG BANGUNAN SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI

1. Mula dibina - 1988
2. Kos dibina - RM 456,830.00
3. Keluasan tapak - 0-3-55
4. Mula digunakan - 4 April 1990
5. Tarikh dirasmikan - Hari Sabtu 21 April 1990
6. Dirasmikan oleh - Yg. Amat Berhormat Tan Sri
Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin
( Menteri Besar Johor )

PEMBENTUKAN & PENGASAS SEKOLAH

1. Sesi petang ( 1949 ) - Cikgu Hj. Lemat b. Lassim
2. Sesi pagi ( 1975 ) - Tn. Hj. Azman b. Hj. Tubah
3. Sek. Perempuan ( 1953 ) - Pn. Hjh. Adawiyah bt. Hj. Abd
Rahman
4. Fardu Ain ptg ( 1990 ) - Cikgu Siti Safura bt. Ismail
5. Fardu Ain pagi ( 1993 ) - Cikgu Siti Hawa bt. Md Salleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan