Isnin, 26 November 2012

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI


Sekolah Agama Parit Kadhi ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Pejabat Pelajaran Agama Negeri Johor di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Agama Daerah Muar. Sekolah ini terletak pada awalnya di Jalan Tengku Bendahara dimana seramai 292 orang murid. Pelajar-pelajarnya terdiri lelaki sahaja dan sesi persekolahannya pada sebelah petang.

Setelah empat tahun Sekolah Agama Lelaki Parit Kadhi berjalan baik maka Sekolah Agama Perempuan pula dibuka pada tahun 1953. Sekolah Perempuan ini menggunakan bangunan Sekolah Kebangsaan Parit Kadhi yang terletak di Jalan Temenggung Ahmad sehingga tahun 1989.

Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor menubuhkn Sekolah Agama Parit Kadhi pagi apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan dua sesi di Jalan Tengku Bendahara. Sekolah ini menampung pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dari jam 7.30 – 12.00 tengahari

Pada tahun 1986 pelajar Sekolah Agama Parit Kadhi pagi dan petang dipindahkan ke Balai Raya Kg. Dato Bentara Luar Jalan Sulaiman disebabkan penarikkan balik Kementerian Pendidikan dan pengubah suaian Sekolah Rendah Ismail (2). Sewa bulanan dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi menampung pelajar terutamanya sesi pagi yang melebihi 700 orang pelajar.

Pada akhir tahun 1989 bangunan Sekolah Agama Parit Kadhi siap dibina di Jalan Sulaiman. Sesi pagi kekal dengan sebutan Sekolah Agama Parit Kadhi pagi sementara pelajar lelaki serta pelajar-pelajar perempuan yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Kadhi digabungkan menjadi Sekolah Agama Parit Kadhi Petang Muar, Johor. Bangunan yang dibina mula digunakan pada 4 April 1989

Tiada ulasan:

Catat Ulasan